SOULFUL RETREAT @ Perak

SOULFUL RETREAT @ Perak

Assalamualaikum wbt

Terima kasih banyak-banyak, puan, atas minat dan kepercayaan untuk menyertai program ini.

Pertamanya, suka kami maklumkan bahawa kami adalah sebuah NGO yang sedang menjalankan aktiviti pendidikan dan dakwah percuma khusus untuk asnaf fakir, miskin dan anak-anak yatim.


Jemput rujuk aktiviti kami di sini:


Pusat Pendidikan Bayu Raudhah :



Akademi Bayu Raudhah :


Soulful Retreat ni adalah sebuah inisiatif infaq yang bersifat eksklusif, khas untuk sahabat Muslimat yang ingin merebut dua peluang dalam satu langkah.


Pertama, peluang berinfaq kepada hampir 400 anak asnaf yang sedang dibimbing melalui program pendidikan dan dakwah di bawah NGO kami.

Kedua, peluang menyertai ruang pembelajaran eksklusif bersama Ustazah Marhamah Rosli, dalam suasana retreat yang tertutup dan menenangkan. 


Setiap bayaran, termasuk deposit, akan terus digunakan untuk:


* Tempahan tempat program


* Makanan dan keperluan peserta


* Bahan pembelajaran dan modul


* Kos pengurusan program serta sumbangan pendidikan anak-anak asnaf


Dana ini tidak bersifat komersial atau berunsur keuntungan. Maka, bayaran yang telah dibuat tidak boleh dipulangkan semula (no refund) meskipun peserta tidak dapat hadir, kerana dana tersebut terus digunakan serta-merta bagi kelancaran program.


Kami mohon agar puan benar-benar mempertimbangkan dengan sebaiknya sebelum membuat pendaftaran.

Jika masih berkira-kira atau belum bersedia, lebih baik tangguhkan dulu penyertaan ????


Kami percaya, penyertaan yang jujur dan infaq yang ikhlas akan membuka jalan pahala yang berpanjangan ????


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
[RM500] INFAQ RM500 PENDIDIKAN ASNAF, DEPOSIT SOULFUL RETREAT @ Perak
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Hanya peserta yang tanda semua boleh sertai program