[KUALA LUMPUR] SIRI MOTIVASI AL-QURAN SOUL TO SOUL - Mencari Kod Khalifah
KUALA LUMPUR : MENCARI KOD KHALIFAH
Setiap manusia lahir dengan sistem dalaman..
Bukan sekadar akal dan emosi..
Tapi kod wahyu yang Allah tanam dalam jiwa..
Masalahnya, ramai yang hidup seperti sistem tanpa kemas kini..
Kita kejar dunia..
Tapi lupa untuk decode tujuan sebenar kita di bumi..
Kita pandai guna teknologi,
Tapi gagal kenal algoritma diri..
Dunia terus berubah.
Namun soalan ini kekal sama:
Adakah kita masih hidup berpandukan 'kod wahyu'?
Atau kita sudah dikawal oleh 'kod dunia'?
Program ini bukan sekadar tentang motivasi..
Ia tentang reset sistem jiwa..
Tentang mengaktifkan potensi khalifah..
Yang Allah cipta di dalam diri kita sejak azali..
Temui Puan Marhamah Rosli
dalam siri motivasi al-Qur’an SOUL TO SOUL: MENCARI KOD KHALIFAH
• 14 Disember 2025 (Ahad)
• 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
• Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar
Sesi ini disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
Bersedia untuk reboot minda, rewire hati, dan reactivate misi khalifah dalam diri..
Mahar penyertaan bagi program ini ialah infaq untuk Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah, yang akan digunakan bagi:
• Menampung kos pengurusan program, dan
• Menyokong pengurusan kebajikan Sekolah Asnaf Bayu Raudhah.
Makluman penting:
Makanan tidak disediakan, agar setiap infaq yang disalurkan dapat dimaksimumkan untuk manfaat anak-anak asnaf Bayu Raudhah.
Tempat duduk terhad, dan penyertaan terbuka kepada Muslimin dan Muslimat.
Jom kita bersama-sama menghidupkan Taman-Taman Syurga yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya ﷺ.
Semoga setiap langkah dan infaq kita menjadi saksi cinta kepada Al-Quran.